IPOH, 3 Mei (Hrkh) - Lebih 500 pekerja ladang di Perak bersedia membuat laporan polis untuk menafikan dakwaan terhadap mereka yang dikatakan dihasut oleh NGO supaya membuat tunjuk perasaan di Kuala Lumpur pada 1 Mei lepas.

Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat antara masyarakat peladang itu yang diadakan di Chemor hari ini.

Menurut Penyelaras pekerja ladang tersebut, K.Kunasekaran semua 500 orang yang pergi ke Kuala Lumpur pada 1 Mei lepas akan membuat laporan polis di Kampung mereka masing-masing yang akan membabitkan lapan buah Balai Polis.

"Mereka semua tahu tujuan mereka pergi adalah untuk sambutan Hari Buruh, bukannya pergi melancong seperti yang didakwa oleh pihak polis.

"Kami juga mendesak pihak polis supaya mengemukakan bukti terhadap dakwaan pekerja-pekerja tersebut dihasut," ujar beliau.

Semalam polis membuat kenyataan perhimpunan tersebut didalangi oleh NGO dan para pekerja ladang itu tidak tahu menahu tentang pehimpunan itu kerana mereka dijanjikan untuk pergi melancong ke Kuala Lumpur.

 


Top            Home

Sumber :
Harakahdaily.com
http://www.harakahdaily.net