KES TERBARU PEROBOHAN RUMAH DI DESA HORMAT
|
Assalamualaikum Wrt. Wbt. 1. Pagi ini (30/04/02) MPPJ telah merobohkan beberapa buah rumah di sekitar Desa Hormat, kononnya telah dikenal pasti sebagai kediaman pendatang tanpa izin & penduduk tetap. 2. Malangnya terdapat juga RAKYAT MALAYSIA tinggal dirumah yg. telah dirobohkan di sebabkan oleh "Rekod Bancian" tidak di kemaskini dan masalah2 lain. 3. Mengikut sumber yg. diperolehi ,rumah yang terpilih sahaja dirobohkan . Sebahagiannya tidak dirobohkan, kerana difahamkan bahawa rumah tersebut dilindungi setelah bayaran "PERLINDUNGAN" di "Rasuah"kan pd. pihak2 terlibat (cth. Ketua UMNO Cawangan dan lain2). Jumlahnya sekitar RM 200.00 hingga RM2000.00 (Menurut sumber yg. memberitahu J/kuasa Bertindak ). 4. Malam tadi,sekitar pukul 10.00 pm. Pengerusi telah di datangi oleh salah seorang Wakil drpd mereka yg. terlibat untuk membantu mereka. Mengikut wakil tersebut, sebanyak 12 Keluarga yg. terlibat. Seramai 3 buah keluarga berada dan menginap sementara di Dewan Serbaguna MPPJ, Taman Dato Hormat kerana tiada tempat tinggal lain disediakan. 5. Lawatan telah dibuat pada pukul 10.45 mlm. tadi. Perbincangan ringkas dgn. yg. terlibat telah dilakukan. Dari tinjauan J/kuasa Bertindak ,terdapat BAYI kecil sekitar 6 bulan ~ 1 1/2 tahun yg. sedang tidur dan barang2 keperluan mereka masih berada di sekitar dalam Dewan. 6. Salah seorang Ketua Keluarga adalah Anggota Tentera yg. akan PENCEN dalam masa 3 bulan lagi. Beberapa maklumat berjaya diperolehi dalam perbincangan tersebut. 7. Ini saja berita drpd. J/kuasa Bertindak Penduduk Desa Hormat. Harapan Ana, sahabat2 dapat meluangkan masa untuk menziarahi mereka yg. terlibat. Semoga dgn. kunjungan sahabat2 ,ianya dpt. meringankan beban dan memperolehi keredhaan Allah SubahanaWata'ala. Wassalam. Zaisham Shah Bhari |
Sumber :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan
Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau
http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com