Oleh Ummu Natasya

MAKA berangkatlah Annuar Musa ke luar negara untuk bertemu pelajar-pelajar Malaysia kononnya untuk memberi penerangan tentang Umno kini, di samping mempertahankan dirinya dari dakwaan terlibat dengan penyelewengan wang PPRT.

Ada cerita kononnya dia tidak akan balik semula ke Malaysia kerana Perdana Menteri yang memintanya supaya berehat sahaja di luar negara sementara kes ini hangat diperkatakan di Malaysia.

Tetapi, masih ada yang percaya dia akan balik semula ke Malaysia kerana dia tidak akan didakwa disebabkan saksi utama, Oii Kee Siang sudah dilepaskan pihak berkuasa di Malaysia.

Ingat cerita Pan-El yang melibatkan Presiden MCA, Tan Koon Swan dahulu? Jika Tan Koon Swan bergayut dengan MCA, Annuar Musa mahu bergayut dengan Umno. Dia percaya selagi dia Ahli MT Umno, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan dan Ketua Umno Bahagian Peringat dia akan diselamatkan.

Dia berpaut dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di samping mendapat kerjasama dari Ketua Konspirator terkemuka, Aziz Shamsuddin (pendek).

Rakyat khususnya orang-orang Melayu diperbodohkan. Saban hari ada sahaja cerita kononnya BPR dan Polis buat itu dan ini terhadap Annuar Musa yang mengambarkan dia disiasat. Tetapi, usaha sedang dijalankan untuk menafikan pendakwaan terhadap bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar ini.

Maka, berdoalah Annuar Musa di hadapan perwakilan Umno Bahagian Peringat… dengan tangisan seekor lembu tua kononnya dirinya difitnah oleh “seekor kambing hitam yang duduk di Kuala Lumpur” hingga menerbitkan buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar?

Apakah benar buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar merupakan fitnah terhadap Annuar Musa? Jawapannya tentu tidak kerana tiada siapa yang mahu melakukan fitnah seperti mereka (kalangan pemimpin Umno) memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dahulu.

Jika betul kandungan buku ini merupakan fitnah terhadap Annuar Musa, tentunya fitnah itu dimulakan oleh Dato’ Azmi Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar sekarang dan Pengerusi NST, Tan Sri Abdullah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Dolah Komunis. Azmilah yang membuat laporan polis dan catatan panjang dimulakan oleh Dolah Komunis diikuti beberapa tangkapan yang dilakukan pihak polis terhadap bekas beberapa pegawai kanan Kementerian Luar Bandar.

Ia tidak datang dari Pas, keADILan, DAP atau PRM. Ia tidak datang dari kalangan pemimpin pembangkang. Ia tidak datang dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang terus-menerus diserang oleh Annuar Musa. Jika semua dakwaan Azmi dan Dolah Komunis tidak betul, mengapa tidak Annuar Musa mendakwa kedua-dua tokoh Umno terbilang ini? Seret mereka ke mahkamah (Umno). Tentunya Hakim Augistine Paul boleh memberikan penghakiman yang Annuar Musa suka.

Rakyat, khususnya pengundi di Peringat mestilah menolak orang seperti Annuar Musa ini jika dia sekali lagi bertanding dalam pilihan raya akan datang. Tolak orang seperti ini. Diberikan amanah, tetapi dia mengkhianati.

(Baca buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar? Susunan Fadzli Mohd Nor. Cuma RM10.50 termasuk belanja pos. Hantar nama dan alamat kepada ummu_natasya@hotmail.com. Buku ini mendedahkan kisah sebenar penyelewengan oleh orang kuat Umno dan BN yang didedahkan oleh orang mereka sendiri).


Top             Home

Sumber :
Laman Mahazalim
http://www.mahazalim.com