Oleh
Salman Al Munziri
Ucapan
perasmian Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad di Sesi Khas
Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (ICFM) Mengenai
Keganasan di Putra Jaya 1 April lalu menarik minat kebanyakan media elektronik
dan cetak di negara-negara Arab.
Tiga hari berturut-turut stesen-stesen TV utama di Mesir menyiarkan sedutan
ucapan Perdana Menteri itu. Akhbar-akhbar harian juga turut menyiarkannya.
Malangnya, apa yang menjadi fokus utama media berkenaan bukanlah satu kegembiraan bagi Mahathir. Bahkan media-media berkenaan mengkritik secara terbuka di samping menyiarkan bantahan terhadap ucapan berkenaan.
Dalam ucapannya, Mahathir dilaporkan telah menyifatkan operasi syahid rakyat Palestin sebagai tindakan keganasan. Beliau turut menyamakan tindakan yang disifatkan mereka mulia itu dengan keganasan yang dilakukan oleh kumpulan pengganas Tamil Elam di Sri Langka dan Serbia di Bosnia.
Utusan Online melaporkan, "Perdana Menteri menyenaraikan serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) 11 September tahun lalu, pengeboman berani mati oleh rakyat Palestin dan Barisan Pembebasan Harimau Tamil Elam (LTTE), serangan ke atas orang awam oleh tentera Israel dan pembunuhan rakyat Bosnia sebagai tindakan ganas serta pelakunya perlu dilabel sebagai pengganas."
Dr Mahathir turut memberi bayangan akan mengiktiraf negara haram Israel.
Menurutnya, "Kita perlu realistik mengenai perkara ini. Kita perlu menerima hakikat yang Israel wujud dan dunia telah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Apa yang kita perlu desak ialah mereka tidak keluar dari sempadan negara mereka."
Al Qanat turut melaporkan ucapan Mahathir yang menyamakan tindakan pejuang Palestin itu dengan tindakan ganas tentera Israel.
Kenyataan ini menimbulkan kemarahan kebanyakan umat Islam dan pemimpin Arab. Ini kerana operasi syahid yang disifatkan sebagai serangan berani mati itu telah disepakati oleh kebanyakan (jumhur) ulama akan keharusannya.
Antara ulama moden yang menerima konsep operasi syahid ini ialah Dr Nasr Fareed Wasil (bekas mufti Mesir), Dr Syed Mohd Tantawi (Syeikhul Azhar), Dr Yusuf Al Qardhawi (ulamak terkenal dari Qatar), Dr Wahbah Az Zuhaily (ulama terkenal dari Syria yang pernah melawat Malaysia atas jemputan kerajaan), Dr Said Ramadhan Al Buti dan lain-lain lagi.
(Laman web Dr Az Zuhaily dan Dr Al Buti boleh dikunjungi di www.zuhayli.com dan www.bouti.com. Web Al Buti disediakan dalam sembilan bahasa.)
Bahkan Syeikhul Azhar, Syed Mohd Tantawi mengisytiharkan bahawa mereka yang terbunuh di dalam operasi berkenaan adalah syahid dan merupakan antara syahid yang paling mulia.
Selain ulama zaman moden ini, ulama-ulama silam juga turut menyifatkan operasi syahid (amaliyyah istisyhadiyyah) sebagai amalan yang mulia. Bahkan para sahabat Rasulullah SAW juga ada yang pernah melakukan tindakan seumpama ini.
Seorang sahabat yang dilemparkan dengan menggunakan 'menjanit' (lastik besar) ke dalam kota Khaibar lalu dia di bunuh oleh orang Yahudi, telah dipuji oleh Rasulullah saw.
Baginda menerima tindakan tersebut kerana ia bertujuan untuk membolehkan sahabat berkenaan membuka pintu kota dan memudahkan tentera Islam memasukinya.
Tindakan berkenaan tidak boleh diklasifikasikan sebagai bunuh diri atau keganasan. Ia adalah salah satu jalan untuk memenuhi maslahah umat Islam.
Memandangkan kesepakatan ulama dahulu dan kini dalam isu ini, media utama di negara-negara Arab mengkritik hebat ucapan Dr Mahathir.
Bukan kali pertama beliau memberikan ucapan yang bercanggah dengan pendapat jumhurul ulama' bahkan adakalanya bercanggah dengan Al Qur'an dan Hadith.
Sebelum ini, Dr Mahathir telah menafikan kesahihan hadith, "Ulama adalah pewaris nabi." Para muhaddithin dahulu dan kini bersepakat bahawa hadis berkenaan adalah hadis sahih.
Sumber :
Community
WR | Webmaster WR | WR
Sms Mobile | www.webreformis.cjb.net