WASHINGTON, 12 April (Wakalat-Al-Jazeera) - Pasukan polis Amerika semalam telah melakukan tangkapan terhadap 20 orang termasuk seorang pemimpin Gerakan Yahudi Michael Lerther serta seorang professor di Universiti Harvard Cornel West di luar bangunan Kementerian Luar Amerika yang membantah tindakan polisi Perdana Menteri Israel Ariel Sharon.

Menurut sumber polis Washington, para penunjuk perasaan pro keamanan itu ditangkap setelah mereka tidak menghiraukan amaran polis untuk bersurai. Demonstrasi yang dianggap besar itu diketuai oleh Lerther dan West termasuk 18 yang lain melintasi beberapa batang jalanraya sehingga mereka ditangkap.

Difahamkan bahawa Lerther merupakan pengasas gerakan "Tikon Community" yang menyokong usaha bagi memelihara keamanan antara tentera Israel dan rakyat Palestin dan menyokong usaha penarikan rejim Israel dari bumi Palestin sejak ditawan pada 1967.

Seorang jurucakap gerakan itu yang tak mahu dikenali menyatakan, keamanan tak akan tercapai selagi Israel tidak berundur dan rakyat Palestin perlu diberi hak yang saksama mengikut lunas undang-undang.

Malah Sharon dilihat sebagai seorang yang telah melakukan jenayah yang tidak berkesudahan, justeru Presiden George W. Bush perlu memainkan peranan di Timur Tengah sebagai perantaraan seperti yang dilakukan oleh Menteri Luar Amerika Collin Powell yang sedang berada di sana.


Top            Home

Sumber :
HarakahDaily
http://www.harakahdaily.net