Penghantaran Memorandum JOURNALISM UNDER THREAT |
Sempena dengan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada 3 May ini, para wartawan dan aktivis media akan menghantar satu Memorandum yang bertajuk Journalism Under Threat kepada pihak SUHAKAM pada 3 May, 2002, Jam 11 pagi.
Sempena itu, para wartawan juga berharap dapat berdialog dengan Pengerusi Baru SUHAKAM Yang Berbahagia Tan Sri Abu Talib Othman, untuk mengetahui pendirian dan pelan tindakan SUAHAKAM terhadap kebebasan media di Malaysia.
Malah Malaysiakini.com juga akan mempamerkan satu ˇ§Press Freedom Wallˇ¨ yang menunjukkan bahan-bahan larangan penerbitan sejak 50an lagi sebagai sokongan kepada usaha para wartawan.
Semua wartawan dan aktivis media daripada semua bidang dan aliran akhbar digalakkan hadir secara beramai-ramai pada acara May 3 ini untuk menunjukkan solidariti para pengamal media kepada perjuangan kebebasan media.
Aktivis NGO, rakyat yang prihatin terhadap kebebasan media juga diharapkan dapat hadir memberi sokongan kepada usaha para wartawan ini dan bersama-sama menyambut Hari Kebebasan Akhbar dengan pameran Press Freedom Wall daripada Malaysiakini.com. Sila sebarkan maklumat ini seluas mungkin dan datang secara beramai-ramai ke SUHAKAM.
Oleh Inisiatif Wartawan
Sumber :
Community WR : www.communityzero.com/wr
Webmaster WR : webreformis@freeanwar.com
WR Sms Mobile : sms@freeanwar.com