Tinjau-tinjau LR Umno


Lagi bodoh, lagi gila, lagi nak perleceh diri sendiri dalam KMU

Rupanya menjadi semakin gila dan tak ketahuan arah budak-budak KMU bila saya baca pengumuman palsu mereka yang mendakwa pengunjung KMU begitu ramai sehingga server mereka tak mampu nak tanggung lagi.

Sudahlah, jangan lagi nak tunjuk kebodohan dan kemaluan kamu tu. Semua orang dah tengok, tak boleh nak cover lagi dengan daleh yang bodoh macam tu.

Lagi pula KMU umumkan nak tutup poll itu kerana ramai sangat pengunjung yang undi berulang kali. Ini lagi satu jenis bodoh yang tak boleh diajar.

Semua laman yang menganjurkan poll membuka kaunter mereka untuk seorang pengunjung berdaftar (IP yang sama) maka kaunter tidak akan mencatatkan undinya.

Maknanya, jika sesuatu komputer yang didaftarkan internetnya digunakan oleh sepukuh orang yang berlainan pun, kaunter poll tidak akan meningkat. Ini bagi menjaga ketulenan poll tersebut.

Jadi, Sdr Ghazali, tolonglah bagitau kawan-kawan Sdr di KMU tu, jangan buat perleceh diri sendiri. Inilah tak fikir kesan poll dari awal lagi.

Cuba tiru poll harakahdaily, mereka langsung tak babitkan pimpinan PAS dalam poll siapa pengganti Mahathir dan poll siapa MB BN yang anda paling hormati.

Benda yang kecil pun, oleh kerana babitkan nama Khir Toyo, boleh jadi isu besar dalam KMU dan geng penjilat Toyo-Azalina ini.

Sdr Ghazali, maafkan saya kerana bila ulas benda-benda bodoh dalam KMU ini saya mungkin terlepas cakap.


Top            Home

Sumber :
Community WR : www.communityzero.com/wr
Webmaster WR : webreformis@freeanwar.com
WR Sms Mobile : sms@freeanwar.com