Mufti Johor yang memalukan

 

Oleh Pena Hijau

Enakmen jenayah syariah atau lebih dikenali dengan Hudud yang termaktub di dalam manifesto PAS Negeri Terengganu yang dijanji akan dilaksanakan selepas mendapat tampuk pemerintahan di negeri Darul Iman itu sehingga kini masih belum terlaksana. Adakah benar dakwaan kerajaan Barisan Nasional bahawa Hukum Hudud yang dijanjikan itu adalah hudud PAS semata-mata ?!..Bukannya hukum yang datang daripada Allah yang maha Bijaksana sebagaimana yang tersebut secara qot'ie dalam Al-Quran ?.

Justeru itu pihak kerajaan Negeri Johor Darul Takzim telah menubuhkan satu pasukan jawatankuasa khas untuk mengkaji apa sebenarnya yang dikatakan Hudud menurut Islam. Pasukan itu yang diketuai oleh mufti kerajaan Negeri Johor baru-baru ini telah dihantar ke beberapa buah negara di timur tengah dalam usaha mereka bagi menjayakan misi tersebut. Rombongan pasukan itu bertujuan untuk menemui seterusnya berbincang mengenai isu hukum Hudud dengan mufti-mufti dan ulama- ulama tersohor di negara yang mereka lawati.

Tetapi, daripada maklumat yang diperolehi dan juga daripada majlis penerangan dan ramah mesra para mahasiswa bersama rombongan pasukan itu mendapati bahawa misi sebenar yang terselindung di balik rombongan pasukan itu tak lain tak bukan adalah semata-mata untuk mencari kepincangan serta helah bagi sesebuah kerajaan untuk tidak melaksanakan hukum Allah tersebut.

Rombongan pasukan itu juga telah menjatuhkan air muka serta mengaibkan Negara Malaysia yang sebelum ini dikenali oleh negara Arab sebagai sebuah negara Islam yang maju dan perlu dicontohi. Ini disebabkan kerana mufti yang mengepalai rombongan itu tak pandai berintraksi dengan menggunakan bahasa Arab. Sampaikan hendak baca muqaddimah ucapannya di depan perwakilan mahasiswa pun terpaksa tengok kertas, itu pun salah sebutan. Adakah orang yang sebegini layak menjadi mufti ?!..Macamana kerajaan dapat memilih orang macam ni jadi mufti dalam negeri ?!..Kerana hukum-hakam yang terdapat dalam Islam perlu dipelajari dalam bahasa Arab. Kitab-kitab yang masyhur mengenai aqidah, perundangan, ekonomi, sosial, mu'amalat dan lain- lain semuanya dikarang menggunakan bahasa Arab. Mereka yang layak digelar mufti ini sepatutnya bukan sahaja sekadar hanya pandai berbahasa Arab, bahkan mereka perlu mengetahui dan memahami kaedah di dalam bahasa arab seperti ilmu Nahu, Sorof, Balaghoh, Mantiq, Qias dan banyak lagi untuk menangani permasalahan semasa yang ditimbulkan oleh masyarakat.

Oleh itu, marilah sama-sama kita membuka mata dan sedar betapa penipuan dan pembohongan yang banyak dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional khususnya Umno. Sesiapa saja yang menurut, menyebelahi dan mengikut telunjuk atau dengan bahasa yang mudahnya, pandai mengampu, dia akan naik dan dijulang. Sebaliknya sesiapa yang melawan mereka dengan kebenaran akan jatuh dan ditumbangkan.


Top            Home

Sumber :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com