PDRM dan TNB
|
Berita hari ni agak menggemparkan bila PDRM dengan nada mengugut akan bertindak secara 'kejam' dengan menaikkan nilai saman yang tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan. PDRM menjadi semakin kurang ajar dan berlagak samseng sejak akhir-akhir ini. Pengalaman saya pada masa-masa yang lepas semasa hendak membayar saman amat menyakitkan hati. Kaunter membayar saman di kompleks membeli-belah dibuka sesuka hati mak bapak dia saja. Pernah saya pergi untuk membayar saman pada pukul 3 petang, masih tiada orang (tutup) walhal pada notis di kaunter tersebut tertulis "kaunter dibuka 2 petang-8 malam". Pihak PDRM yang tidak cekap langsung amat menyusahkan. PDRM langsung tidak cekap, pemakan rasuah dan seangkatan dengannya. Sekarang disebabkan saman, nampak seolah-olah PDRM mahu diswastakan sahaja. Kerja mereka tidak habis-habis mahu menyusahkan orang ramai. Marilah menyokong Barisan Alternatif supaya budaya yang buruk dalam PDRM dapat dikikis. Satu lagi tajuk berita yang menarik hari ini ialah bagaimana seorang penternak ayam yang kerugian apabila 8,500 ekor ayam peliharaannya mati kepanasan. Penternak tersebut menyalahkan pihak TNB kerana gagal memaklumkan terlebih awal tentang masalah bekalan elektrik. Kita harap pihak TNB akan membayar kerugian yang dialami oleh penternak terbabit kerana pihak TNB sering juga mendenda pelanggan yang lambat membayar bil elektrik. Sekarang giliran mereka pula, hehehe. -Ahmad Taliban-
|
Sumber :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP
Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau
http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com