PDRM - Perompak Di jalan Raya Mahathir!
|
Rakyat marhaen ternanti-nanti tarikh 1haribulan Mei yang akan menjelang tidak berapa hari lagi. Bukan bagi menyambut hari kebesaran negara atau tarikh pemujaan Dr Mahathir, melainkan satu tarikh dengan rasminya Polis Malaysia menjadi BARUA bagi mengutip denda yang dikenakan keatas rakyat yang melanggar kesalahan jalanraya- dalam kes ini adalah melebihi hadlaju yang ditetapkan. Dua minggu ke belakangan ini, Pegawai Tinggi Polis yang bertapa di Bukit Aman telah memberi amaran dan peringatan kepada rakyat supaya menjelaskan saman yang tertunggak yang dikatakan hampir RM 500 juta.Suatu angka yang mengatasi perolehan pendapatan sebuah ejensi kerajaan. Apatahlagi dengan hanya bermodalkan alat perangkap halaju. Tenaga kerja adalah percuma- anggota polis yang diBARUAkan serta terlacur pula etikanya.Ini adalah suatu sumber yang kerajaan Mahathir semakin sedar untuk diputarbelitkan bagi kepentingannya. Penghantaran notis saman yang suatu masa dahulu diikuti oleh operasi WARTA 1 telah menggemparkan negara dan menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit dari rakyat yang merupakan pengundi dan pembayar cukai. Akhirnya ia ditangguhkan sementara pendekatan baru diambil.Kini ia sudahpun lengkap dan Kerajaan menggunakan PDrM sepenuhnya bagi menjana wang bagi menampung perbendaharaan yang kering kontang. Adalah dikatakan bahawa mana-mana pemandu yang bersalah berjaya ditahan, bayaran kompaun akan digandakan sebagai denda engkar melambat-lambatkan pembayaran.Ini katanya perlu sebagai pengajaran buat mereka. Pengguna bertanggungjawab menyelesaikan denda atas kesalahan yang mereka lakukan. Mereka perlu mematuhi undang-undang negara!! Sekali imbas memang cantik dan wajar bagi Polis mendapatkan kompaun bagi kesalahan lalulintas yang telah dilakukan pengguna. Apabila diteliti lebih mendalam kita akan mengetahui dengan lebih tepat kenapakah langkah ini diambil. Pemerhatian yang seterusnya akan mengarah kita kepada fakta sebenar yang cuba disembunyikan oleh Kerajaan Mahathir dari pengetahuan rakyat- NEGARA MENUJU KEARAH KEMUSLISAN!!! Negara kini tidak lagi mempunyai wang yang cukup bagi mengongkosi pentadbirannya. Penggunaan wang Petronas secara haram sudah tepu. Kejadian yang menimpa rakyat Argentina sekarang wajar kita jadikan iktibar. Denda yang dikenakan memanglah tidak besar pun bagi seorang Menteri, hanya sekitar RM100 bagi satu kesalahan. Bayangkanlah nilai itu untuk rakyat yang terpaksa berhempas pulas siang dan malam bagi mencari nafkah sesuap nasi.Bayangkan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat yang terpaksa melakukan 2-3 jenis pekerjaan untuk menyara keluarga.Bayangkan pula beban dan musibah yang ia terpaksa tanggung jika menerima saman saban hari!! Mustahil seseorang akan kena sampai berkeping-keping. Itu pada logiknya. Hakikatnya beberapa jalan yang menjadi laluan utama Rakyat marhaen untuk ke tempat kerja telah dipilih sebagai genting bagi polis menahan lukah. Ada marhaen yang malang mendapat sehingga 6 keping saman dalam satu bulan. Lebihan kelajuan hanyalah sekitar beberapa kilometer sejam. Ketika itu pula bukanlah waktu sebok persekolahan atau sebagainya. Alasan hadlaju ialah bagi mengelak kemalangan.Tiada mana-mana pemandu yang berkeinginan untuk terlibat dalam kemalangan walaupun kelajuan nya melebihi hadlaju.Jika bukan untuk mencegah kemalangan untuk apa operasi itu??Tentu kita faham muslihat sebaliknya Dalam negara kita sekarang pemimpin perogol,perasuah,perompak,pembunuh dan pelindung keatas semua kesalahan tadi dipuja dan didewakan oleh kerajaan UmnoBn yang memerintah. Manakala pejuang Hak Asasi, pembela rakyat marhaen hatta Mantan TPM akan ditindas,difitnah dan dihina semaunya oleh kerajaan melalui institusi yang telah terlacur etikanya-PDrM. Kini mereka menjadi perompak berlesen di jalanraya dan lebuhraya mengintai peluang dan menganiayai rakyat marhaen.Jika dahulunya mereka mencuri secara berahsia meminta rasuah, kini berbekalkan peralatan Pengesan Hadlaju rakyat ditindas. Kepada rakyat yang sudahpun terhimpit kehidupannya ditekan pula sedemikian rupa oleh anggota PDrM. Memanglah alasannya munasabah, siapa yang bersalah mesti bertanggungjawab. Rakyat marhaen yang tidak membaca undang-undang ni hendak bertanya sedikit, bagaimana pulak tentang kerja jenayah pemimpin UmnoBn dan para kroni yang menggelap dan melarikan wang rakyat yang berjuta-juta ringgit itu?? Tiadakah tindakan yang diambil keatasa mereka? Eric Cheah,Mahathir,Rafidah Aziz,Tajudin Ramli, Halim Saad,Ting Phek Khiing dan Ananda Krishnan adalah sekadar beberapa nama yang sepatutnya dalam senarai siasatan dan buruan Polis- sekiranya mereka terikat dengan profesionalisma dan etika kerja?!!……Lainlah sekiranya mereka hanya menjadi BARUA dan berlagak sebagai kumpulan Militia Umno! Kita ada terdengar tentang syarat baru baru kenaikan pangkat bagi ‘top brass’ di Bukit Aman untuk menjadi Superitenden ke atas,Pegawai Trafik terbabit mestilah memenuhi kuota pencapaian denda trafik keatas pengguna jalanraya sehingga berjuta ringgit untuk sebulan! Bukan lagi tahap kelayakan menjalankan tugas mencegah jenayah atau menyelesaikan kes akan tetapi keupayaan mereka menjana WANG untuk kerajaan Mahathir!!Inilah dia kaedah terbaru perkongsian pintar antara KERAjaan dan PDrM. Mereka saling berkonspirasi mengena dan menganiaya rakyat marhaen. Itulah wangnya yang kerajaan Mahathir akan belanjakan untuk bonus dan elaun anggota PDrM. Tidak cukup selama ini wang cukai pendapatan rakyat diguna untuk pakaian anggota Polis,kini rompakan berhemah di jalanraya pula kerajaan kenakan sebagai satu sumber pendapatan. Jika bukan menjadi barua kepada kerajaan zalim, apanamaaaa yang kita nak panggil?? Dr Nologareng |
Sumber :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan
Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau
http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com