APA LAGI YANG KERAJAAN UMNOBN TIDAK MAMPU?
|
Beberapa minggu lalu Menteri Pelajaran yang merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno MT yang dilantik Mahathir telah menyatakan secara terbuka kepada rakyat bahawa kerajaan tidak mampu memberi pelajaran percuma kepada rakyat disebabkan oleh masalah kewangan. Melalui akhbar yang dikuasai mereka, minda rakyat dicatur untuk sekian kalinya supaya menerima sahaja apa penerangan kerajaan walaupun ia bertaraf haprak dan kelentongan semata! Wartawan yang sepatutnya membangkitkan isu itu dan menghubungkaitkan dengan keadaan sebenar Negara beserta menjadikan contoh Negara lain yang mampu memberikan pelajaran percuma, telah menjadi seperti abdi yang hanya mencatat tanpa ada soaljawab yang membina. Inilah dia tahap kewartawanan sekarang yang begitu ingusan jika dibandingkan dengan zaman kemuncak era Rahim Kajai Bapa Kewartawan Malaysia. Tahap wartawan kini jika berada sezaman Rahim Kajai harus biru mata dan telinga dipertontonkan pelir beserta buahnya dan maki hamun loghat Penang oleh Pak Kajai.(Sila baca memoir Said Zahari dan Samad Ismail!!) Negara kini diwarwarkan sebagai antara negara Umat Islam yang paling maju dan hebat prasarananya. Malah untuk menarik pelancong, pemerintah telah membina berbagai bentuk bangunan pencakar langit. Ini amat memukau sesetengah wartawan luar sepertimana seorang bernama Tim Colebatch yang menjadi tetamu kerajaan tempohari. Pembinaan berbagai projek yang tidak produktif itu telah dibuat dengan mengenepikan kewajipan menyediakan perkhidmatan kebajikan kepada rakyat Marhaen yang merupakan penduduk terbanyak di bumi ini, sekaligus adalah pengundi yang membentuk sesebuah kerajaan dalam Negara demokrasi! Dengan berbagai alasan yang seringkali dinilai rakyat sebagai ‘lesen mengkhianat’ kerajaan di bawah teraju Raja Kelentong telah menganiayai rakyat Marhaen di sebalik slogan yang patriotik dan berbaur ketuanan Melayu. Inilah rupa sebenar kepimpinan Mahathir yang akhirnya menjadikan masa depan Marhaen Melayu tidak menentu dan di awangan. Semasa Negara dalam kemewahan akibat boom ekonomi dahulu, Mahathir telah mengambil kesempatan membina dan merencana secara sendirian dalam MT Umno dan mesyuarat kabinet tanpa perbahasan yang mendalam. Parlimen yang dikuasai 2/3 hanya dipenuhi para Barua yang bertaraf rubberstamp. Tiada ruang untuk pembangkang berperanan sebagai ‘check and balance’ yang berkesan. Kemaruk dan serakahnya kerajaan UmnoBn ini sehinggakan membina dua bangunan menara dalam satu masa. Bukanlah fungsi untuk meletakkan alat pemancar komunikasi itu sangat melainkan untuk mengenyangkan para kroni. Dalam kelekaan dan kealpaan yang yang dihamburi kemewahan wang ringgit dan projek pemimpin Tertinggi dan pertengahan Umno juga terlupa akan tanggungjawab mereka yang sebenar- menjadi suara dan juara untuk rakyat di dalam Dewan.Mereka tidak berasa menjadi khadam untuk rakyat melainkan ‘tuan-tuan’ yang jika diamati tiada bezanya dengan Tuan Robert mahupun Tuan James di zaman penjajahan Inggeris dahulu.Pergi orang Putih bermata biru datang pula penjajah bermata kelabu!! Pemimpin Umno yang diletakkan rakyat Marhaen ke dalam Dewan sudah terlupa untuk membicara dan merencana demi kebajikan dan kesenangan rakyat di dalam Dewan. Mereka berebutan untuk mengampu dan menjunjung kasih seorang keturunan Kerala yang jelas dan terang-terangan merugikan Melayu. Kesenangan yang sepatutnya menjadi milik rakyat telah mereka rampok dengan memiliki segala kereta mewah- Mercedes Biji Kacang, BMW mahupun Proton Perdana. Pemimpin Umno menjadikan kuasa yang diamanah rakyat sebagai lesen untuk mereka membuat harta. TENTU sahaja secara haram!! Ketika Mahathir sebok berkelentongan tentang projek-projek Mega yang kununnya akan menarik pelancong dari luar Negara, UmnoBn melupakan pula tentang prasarana dan projek yang berorientasi kebajikan. Pemimpin Umno terlupa dan melupai akan nasib Marhaen yang memberi undi kepada mereka. Mereka mengkhianati dan bersekongkol dengan pemimpin atasan menghakis HAK rakyat. Selain dari pendidikan yang sepatutnya diberi percuma sebagai tanda terimakasih kerajaan kepada rakyat yang menjadi pembayar cukai, perkhidmatan kesihatan pula menjadi fokus mereka untuk diniagakan. Pemimpin Umno bukan lagi menitikberatkan perlindungan kebajikan untuk rakyat selayaknya. Mereka menjadikan rakyat sebagai lembu tenusu bagi mereka memerah mengumpulkan kekayaan peribadi. Mahathir melalui anaknya menguasai sebahagian besar perkhidmatan yang diswastakan dalam hospital kerajaan. Ya..tentu sahaja ianya akan dihalalkan dengan alasan meningkatkan mutu kesihatan dan menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat. Bagaimana pula tentang anaknya yang mengkhianati pekerja Melayu Kilang Tongkah Seberang Perai yang tidak mencarum KWSP? Adakah KWSP mengambil tindakan selaras dengan peruntukan yang ada? Adilkah mereka apabila menyekat kemasukan ubatan yang harganya lebih kompetetif semata-mata kerana syarikat anaknya sudah pun mengimpot ubat yang serupa dengan harga yang lebih tinggi? Lihat bagaimana anaknya menolak perkhidmatan percuma kepada rakyat melalui BAKAS, suatu cabang dalam perkhidmatan kesihatan yang diberi percuma kepada marhaen yang tidak berkemampuan. Anak Mahathir hanya mahu perkhidmatan yang menjana wang dan boleh memperkayakan diri mereka ssahaja. Slogan ‘Meningkatkan Mutu Kesihatan’ hanyalah mainan lidah dan putarbelit kemunafikan diri yang mendarahdaging perwarisan genetic juga. Kita lihat siapakah golongan yang nantinya tersepit dan merana apabila Perkhidmatan Kesihatan diwastakan. Siapakah pula yang mengaut keuntungan perniagaan bertaraf MENAHAN LUKAH DI GENTINGAN ini? Pengalaman seorang rakan yang pernah berkhidmat di Hospital Awam sedikit masa dahulu dapat dijadikan iktibar dan pembuka mata rakyat Marhaen. Ini adalah pengalaman hidup bukannya dongeng atau rekaan. Kenapakah kita lihat banyak pesakit di hospital Umum terdiri dari orang Melayu? Kemanakah perginya pesakit berbangsa Tionghua? Berjumpa senseikah mereka bagi menyelesaikan masalah kesihatan? Rakan tadi memberitahu bagaimana cepat dan biasanya orang Tionghua mendapatkan rawatan. Majoriti orang Tionghua mendapatkan rawatan hospital di Pusat Pakar Swasta. Bahkan ada yang masuk sekejap sahaja ke Rumah Sakit Awam, kemudiannya diminta rujuk ke hospital Pakar berhampiran.Kenapa? Manakala orang Melayu pula majoritinya mendapatkan rawatan di Hospital Awam yang sering pula menjadi tempat mereka menghembuskan nafas terakhir. Kenapa ke situ sahaja orang Melayu pergi untuk rawatan? Jawapannya ialah ketidakmampuan Marhaen bagi menanggung biaya rawatan.Memang benar dan tepat itulah alasannya. Sedangkan bil yang tak seberapa oleh hospital Awam pun tak mampu diselesaikan, ini kan pula jumlah yang mencapai ribuan Ringgit di hospital swasta. Rakan tadi sentiasa sahaja menandatangani surat pelepasan dari membayar bil yang jumlahnya tidaklah besarpun! Bukannya rakyat marhaen tidak mahu membayar, melihat kepada pakaian mereka yang lusuh kita dapat bayangkan tahap ekonomi mereka.Siapakah pula mereka secara politiknya?? Tidak lain tak bukan adalah penganut fahaman UmnoBn yang totok jiwanya. Begitu sekali mereka setia dan taat kepada kepimpinan parti tanpa menyedari pemimpin mengkhianati kepercayaan dan amanah yang mereka berikan. Mereka masih terpesona dan terpaut dengan dasar Tun Razak yang memberi penumpuan kepada rakyat marhaen. Kini mereka bergantung harap dan menyerah nasib kepada pemimpin haprak si Raja Penyangak. Yang membuat keuntungan atas kesusahan dan bala rakyat Marhaen juga adalah anak pemimpin tertinggi parti yang sering melaungkan Ketuanan Melayu. Memang mereka menjadi TUAN dengan memperhambakan ahli Umno. Buruk laku dan rakusnya mereka dapat dilihat dari segi tender yang direbut. Hatta bahagian mencuci persekitaran hospital pun mahu dimonopolinya. Kerja bertaraf pariah itu pun hendak juga!! Sepatutnya diberi saja kepada Rakyat Marhaen yang kais pagi makan pagi ini untuk mereka membina kehidupan yang selesa. Sekarang jelas kerajaan pemerintah mengkhianati tanggungjawab serta peranan mereka sebagai pemegang kuasa bagi mentadbir amanah rakyat. Pemimpin bersekongkol sesama sendiri bagi membahagi-bahagikan tender dan projek sedang marhaen Melayu hanya mampu memandang dengan mata yang bening.Akan tetapi dalam kebeningan itu dendam dan kebencian terhadap kerajaan dan dasarnya menumbuh dengan pantas. Sekiranya Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan berjaya dikenakan dengan alasan yang memukau, Bekalan Air tentu sahaja menyusul kemudiannya dengan Syarikat YTL pasti akan mendapat sebahagian perkongsian itu. Selepas itu apa agaknya yang akan diswastakan kerajaan atas alasan ia tidak berkemampuan? Dr Nologareng |
Sumber :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP
Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau
http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com