JANGAN TERPEDAYA
|
ASSALAMUALAIKUMWM WBT SALAM SEJAHTERA; Kita terlalu di hebohkan dengan kes Azlina dan sumbang mahram yang sekali gus menegelamkan kes Khir Toyo dan Lufti. Juga akhbar hari ini yang memetik Dr Mahathir Mohamed terhadap penyalah gunaan Islam bagi individu dan bagi tujuan politik. Sebenarnya kita mesti meneliti isu isu ini satu persatu. Adakah di wujudkan untuk mengalihkan pandangan daripada isu isu lain, supaya kita lupa sebentar atau akan lupa terus isu tersebut seperti kes Tabong Haji dan Perwaja dan kes ISA! Apa tujuan sebenar ianya di lagakan di media massa. Adakah untuk kepentingan rakyat atau untuk melalaikan kita daripada setiap masa bersedia untuk menghadapi pilihan raya yang tidak jauh lagi. Juga terus menghentam PAS yang memerintah Kelantan dan Trengganu bagi menanamkan rasa kebencian rakyat terhadap pemerintahan PAS yang berdasarkan kepada undang Islam mengikut Al-Quran dan Al-Sunnah. Kita tidak perlu terpedaya dengan hela UMNO ini yang mengembur gemburkan hukuman di kelayak dalam sumbang mahram kerana hukuman ini kata UMNO kena minta pandangan rakyat dahulu. Malah yang hendak di pinda ialah undang undang sekular bagi Kanun Keseksaan. Jadi bila di laksanakan sebatan di kelayak ramai, kata UMNO "tengok kami dah sebat macam dalam yang di suruh oleh Islam!" Kita mesti sedar yang di pinda itu adalah undang undang yang sedia ada, yang di buat oleh manusia dan bukannya undang undang yang telah di tentukan oleh Allah SWT kepada manusia untuk di patuhi! Hak wajib tetap ti tinggalkan oleh UMNO! Mana berani UMNO nak laksanakan hak Allah! Malah ulama UMNO macam mulut terkunci, kenapa tidak di katakan dan tidak di canang; sepatutnya sebat di khalay ramai mestilah mengikuti hukum Al-Quraan, kenapa mereka UMNO UMNO niii tak berani kata? Kemudian tuduh PAS salah guna Islam. Haji Dasuki kata PAS itu Islam dan Islam itu PAS! BUkan orang PAS yang kata! Yang kata ialah orang orang dan ulama' UMNO yang di cucuk hidong macam Hj Dasuki yang sampai tidak tahu beza hak Islam, hak Allah dan hak manusia! Mengaji apa tinggi tinggi tentang Islam tapi masih jahil dan angkoh tentang Islam! Kita jangan lupa terdekat sungguh pilihanraya akan mengetuk sampai. Isu isu di kreatkan adalah untuk kita jadi cempara sesama sendiri. Parti Keadilan sendiri telah di katakan sedang ranap di landa krisis untuk tutup kedai. Mengapa kita tidak menyerang balas isu isu yang di wujudkan sampai ke lubang cacing! Apa sudah jadi dengan dewan Mellinium dan market besar di Kepala Batas. Cuma jadi gajah putih. Selenggara letrik saja kat dewan Mellinium itu sehari RM2800.00, kenapa orang UNO tak hebo? Malah berebut rebut habuan nak dapatkan projek dari Pak Lah! Yang demikian kita hendaklah sentiasa bersedia setiap masa dan jangan lupa tanggong jawab kita demi bangsa dan tanah air dan agama kita. wassalam laduniseven |
Sumber :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP
Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau
http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com