Mereka mahu melepaskan Annuar Musa
|
Oleh Ummu Natasya
SELURUH kepimpinan Umno sudah sepakat mahu menyelamatkan Annuar Musa dari pendakwaan ke atas kes penyelewengan PPRT. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Rais Yatim sudahpun memanggil Peguam Negara, Gani Patail memaklumkan atas kehendak Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Annuar Musa mestilah diselamatkan. Alasan yang akan diberikan Jabatan Peguam Negara, Polis dan BPR ialah saksi utama, Mr. Oii Kee Siang tidak dapat dikesan dan menyebabkan pendakwaan tidak dapat dilakukan. Annuar Musa sudah diberitahu perkara ini dan sipendek Aziz Shamsuddin diarahkan memaklumkan kepada Annuar Musa dan seluruh perwakilan Umno Bahagian Peringat baru-baru ini. Satu lagi drama minggu ini arahan Dr. Mahathir Mohamad disediakan skripnya oleh Rais Yatim akan ditayangkan di pawagam BPR, Polis dan Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat. Begitu mudah BN menipu rakyat. Saksi penting dilepaskan begitu sahaja oleh BPR walaupun Oii Kee Siang itu dituntut Interpol sejak sekian lama. Oii Kee Siang adalah rakan niaga isteri Annuar Musa dan bekas Ahli Lembaga Pengarah Nishikigoi yang ada JV projek dengan Yayasan Kemiskinan Kelantan (di mana Annuar Musa adalah orang yang berkuasa ke atas YKK) dan mendapat pelbagai projek dengan KPLB semasa Annuar Musa menjadi menteri di sini. Maka berkatalah "pakar tilam" negara, Musa Dato' Hasan bahawa polis akan menyiasat bagaimana Oii Kee Siang boleh terlepas. Bagaimana dengan kad kredit palsu yang dimiliki Oii Kee Siang berjumlah 200 keping? Tiada anggota polis yang dapat? Saban hari, kita rakyat Malaysia dihidangkan dengan cerita anggota polis didakwa terima rasuah RM500 dan dikenakan hukuman penjara. Dalam kes PPRT ini, hampir RM40 juta wang rakyat miskin dikebas oleh mereka yang diberikan amanah, masih ada usaha mahu melepaskannya begitu sahaja. Apakah maruah dan moral kepimpinan hari ini sudah musnah? Apakah rakyat masih lagi mahu mengundi dan menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya? Jika wang rakyat termiskin sanggup mereka kebas, apatah lagi wang Tabung Haji, KWSP, Petronas dan agensi-agensi lain termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia. Negara benar-benar kerugian apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak berada di luar ketika ini. Pada beliau sahaja masih dapat kita bergantung harap. Usahakan pembebasannya. Berdoalah dan berilah sokongan kepada perjuangannya. Marilah kita kembalikan semula keazaman untuk melihat Malaysia bebas dari kemungkaran, penyelewengan dan kezaliman. (Baca buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar? Susunan Fadzli Mohd Nor. Cuma RM10.50 termasuk belanja pos. Hantar nama dan alamat kepada ummu_natasya@hotmail.com. Buku ini mendedahkan kisah sebenar penyelewengan oleh orang kuat Umno dan BN yang didedahkan oleh orang mereka sendiri).
|
Sumber :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan
Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau
http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com