KMU:Kalau tak tau buat poll, jgn buat poll

 

Assalamualaikum wbt.

Saya adalah di kalangan pembaca laman web politik samada daripada kalangan pembangkang mahupun daripada kalangan parti pemerintah. Saban hari kita melihat bahawa laman-laman seperti Malaysiakini dan harakahdaily ada memuatkan undian ataupun "poll" tentang sesuatu isu.

Semenjak, Harakahdaily membuat undian tentang siapakah yang layak menggantikan Dr. Mahathir sebagai PM, maka saya melihat laman UMNO turut memuatkan undian yang juga bertujuan untuk melakukan provokasi kepada pimpinan PAS. Bagi saya, terpulang kepada kedua-dua belah untuk saling serang menyerang asalkan tidak melanggar batasan dalam undian tersebut.

Pada pukul 12.00 tengah hari, saya melihat dalam undian Kelab maya Umno, jumlah undian keseluruhan bagi poll yang dilakukan untuk subjek " Menteri Besar yang manakah makan gaji buta" adalah lebih kurang 1100 undi. Seperti biasa, lebih kurang 29% pergi kepada YAB Menteri Besar Kelantan dan 21 % kepada YAB Menteri Besar Terengganu. Namun begitu jumlah yang agak signifikan iaitu 20% diperolehi oleh Khir Toyo. Maka pihak dalam KMU dengan berangnya mengisytiharkan bahawa Khir Toyo adalah musuh utama PAS dan mendakwa naiknya undi bagi Khir Toyo adalah permainan kotor pelayar PAS.

Tetapi perkara menghairankan terjadi, apabila saya melayari laman UMNO tersebut pada pukul 11.45 mlm, dan mendapati jumlah undi melambung naik daripada 1100 kepada lebih daripada 6000 undi. Sedangkan, dalam undian-undian lain, nak mencapai 500 undian pun payah. Tidak masuk akal!!

Dan yang paling menarik sekali undi untuk kedua-dua Menteri Besar pembangkang melambung naik dengan mendadak. Untuk Menteri Besar kelantan sahaja, lebih daripada 50%.

Kepada webmaster KMU, siapa sebenarnya yang anda cuba tipu? Pengundi? Boss kamu?Apa yang anda cuba buktikan daripada "poll" tersebut? Dalam alam cyber inipun kamu gunakan pengundi hantu untuk menang dalam pengundian. Sekarang nyatalah, kepalsuan dan kezaliman akan dikalahkan oleh kebenaran dan hak.

Penentang kezaliman


Top            Home

Sumber :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com