Isu jual murah kereta Mers 320 MB ada unsur rasuah?

 

Oleh BEKAS KAKITANGAN SUK SELANGOR

Tepat tekaan seorang penulis tentang Khir Toyo: Walaupun menghadapi macam-macam laporan tentang amalan rasuahnya, MB Selangor ini tidak pernah serik.

Malah, dia seperti mahu memberitahu penentangnya: "Kamu boleh buat apa saja, boleh adukan kepada BPR dan Polis, boleh terbitkan suratkhabar dan surat layang dan VCD, untuk pengaruhi rakyat untuk menolak aku.

"Tapi kamu pasti tidak dapat mengalahkan aku kerana aku masih dipercayai oleh seorang tokoh maha agung sekarang ini, Dr mahathir. Persetankan kalau kamu dapat pengarugi jutaan orang lain pun asalkan Dr Mahathir tetap bersama aku."

Saya hanya mahu mengungkitkan satu kes baru, yang saya lihat dalam internet sudah disiarkan sebanyak dua kali, sebulan yang lalu. Iaitu kes tawaran harga rendah oleh mesyuarat Exco kerajaan Selangor yang dipengerusikan Khir Toyo (MB tidak mengisytiharkan kepentingannya ataupun keluar dari meeting Exco)kepada dirinya sendiri dan anggota Exco yang lain, mengenai tawaran kereta rasmi kepada MB dan anggota Exconya.

Tarikh Exco meeting yang membuat kelulusan menawarkan kereta rasmi kepada MB dan anggota Exco ialah 26 September 2001. Kadar bayaran iaitu kereta MB (Mers 320) sebanyak RM35,000 dan kereta Exco (Mers 230) pada harga RM30,000 dibuat pada mesyuarat 17 Oktober 2001. Dan surat tawaran harga rendah itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Aziz Yusuf.

Bagi MB, sudahlah dia tidak iystihar kepentingan atau keluar meeting, Khir sebenarnya tidak layak untuk mendapat keistimewaan itu kerana dia baru saja dilantik MB, yang ketika mesyuarat Exco membuat keputusan hanya lebih kurang setahun selepas dia jadi MB sedangkan syaratnya mestilah menjangkaui 4 tahun.

Dan kereta rasmi itu pula mesti berusia lebih 4 tahun, sedangkan uis akereta hanya sekitar 3 tahun saja.

Tapi lebih penting ialah Khir tidak merujukkan perkara ini kepada JKR dan Perbendaharaan sebelum diputuskan harga kereta berkenaan.

Harap maklumat ini dapat membantu pembaca mengenali lebih lanjut personaliti Khir Toyo!


Top            Home

Sumber :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com