Dari Laman Reformasi Umno - Penjilat Khir Toyo kini menjilat Azalina di kelab mayanya |
Budak-budak penjilat Khir Toyo, dan sekarang menjilat Azalina Othman Said di laman KMU buat peleceh diri sendiri, perbodohkan diri yang sudah bodoh.
Lihat sajalah poll mereka tentang siapa MB yang makan gaji buta. Mereka tidak mahu menerima hakikat apa yang diundi oleh pengunjung laman mereka sendiri, iaitu penyokong Umno sendiri apabila, walaupun Nik Aziz dan Haji Hadi, yang diundi terbanyak makan gaji buta, tetapi bila tokoh yang menyogok wang rasuah kepada mereka, Khir Toyo, pun diundi hampir sama dengan MB PAS, mereka jadi gelabah dan tak tentu arah.
Lalu diciptalah teori bahawa ramai penyokong PAS sengaja mengundi Khir Toyo sedangkan berapalah yang teringin nak buang masa masa untuk undi di laman KMU. Ini kerana pengunjung wajib mendaftar terlebih dulu, tidak seperti laman harakahdaily, yang mana sesiapa saja pengunjung boleh mengundi.
Tapi lebih menunjukkan kebodohan mereka bila mereka mengubah angka poll, yang semalam baru sekitar seribu lebih, tiba-tiba hari ini, hari minggu pula tu, boleh melonjak sampai tujuh ribu.
Saya nasihatkan Kuntakinte, Jebon dan Tepak Bersulam, kalau nak buat poll buatlah betul-betul, jangan bagi orang ketawakan kebodohan kamu tu. Kalau tak berani terima pandangan pengunjung (yang sebahagian besarnya penyokong Umno) lebih baik tutup saja ruangan poll itu. Macam yang dibuat Tepak Bersulam yang terus tutup ruangan komen bila dia mula nak jilat Azalina dan Sabrina.
Cukup muak, memualkan saya melihat karenah penjilat Toyo dan Azalina ini. Buat poll, menulis dan memfitnah hanya untuk syok sendiri dan berani pula mempalsukan kenyataan. Sudahlah Tepak, Kuntakinte dan jebon, hiruplah lendir-lendir Toyo dan Azalina.
Maaf Sdr Ghazali, berdepan dengan penjilat tidak bermaruah ini membuatkan saya menyampah sekali dengan budak-budak yang langsung tak de kehormatan dan maruah diri.
Sumber :
Community WR : www.communityzero.com/wr
Webmaster WR : webreformis@freeanwar.com
WR Sms Mobile : sms@freeanwar.com