RTM jadi barua Umno/BN

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak akhir-akhir ini RTM suka sangat mengulang-tayangkan gambar-gambar serta ucapan-ucapan pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya PAS dalam slot berita perdana. Kita merasa sungguh bosan dengan komen-komen yang berulang-ulang yang disiarkan oleh 'Berua-berua' yang nyata berat sebelah ini.

Kalau mereka ini betul-betul jujur dan ikhlas dengan komen-komen mereka mengapa mereka tidak komen juga ucapan PM yang mengatakan "Berua' terhadap pemimpin pembangkang yang dirakamkan dalam internet di dalam perlimen baru-baru ini.

Kenyataan PM lebih teruk lagi tetapi tidak ada pulak 'berua-berua' ini memberi komen. Apa saja yang dikatakan oleh PM semuanya  betul,baik tidak ada cacat cela tetapi bila ada saja ucapan atau komen dari pihak pembangkang semuanya  dianggap buruk dan tidak baik.

Sahlah RTM dianggap "Berua" kerana telah menyalahgunakan hak rakyat untuk digunakan oleh golongan tertentu untuk menghentam pihak pembangkang. RTM secara tidak langsung sudah menjadi 'Barua' kepada Umno/BN kerana menyiarkan slot @iklan yang memburuk-burukan pemimpin pembangkang.

Setiap hari RTM menyiarkan slot tersebut sehingga menyebabkan orang ramai naik muak dan bosan dengan siaran tersebut. Sebenarnya kita kasihan dengan kakitangan RTM kerana mereka terpaksa mengikut arahan dari pihak atasan untuk menyiarkan slot tersebut. Inilah sebenarnya "Berua" sebab RTM sebenarnya sebuah rangkaian penyiaran yang baik untuk rakyat tetapi oleh kerena mereka sudah menjadi "Berua" orang suruhan kepada 'Haprak' dari orang atasan maka terpaksa jua mereka mengikut arahan tersebut.

Kita juga kasihan melihat Tok Guru Nik Abd Aziz dipermain-mainkan oleh pihak Berua ini. Kalau mereka jujur siarkan terus ucapan tersebut dari mula hingga akhir biarkan rakyat yang menentukan apa yang sebenarnya yang diperkatakan oleh Tok Guru.

Jangan hanya siarkan sekerat saja semata-mata untuk memburuk-burukan ucapan Tok Guru atau pemimpin pembangkang yang lain.  Kita berharap RTM jangan jadi Berua pihak Umno/BN lagi kerana rakyat sekarang sudah celik IT dan tahu apa yang benar dan salah.  Usahlah RTM menyiarkan slot tersebut lagi kalau tidak mahu digelar "Berua" Umno/BN.

Diharap mendapat perhatian yang sewajarnya dari mereka yang berkenaan.

"Bercakap biarlah jujur,adil dan tidak berat sebelah dan jangan hanya pandai mengata orang lain tak betul sedang diri sendiri lagi teruk"

Sekian harap maklum

Dari Rakyat Malaysia yg perihatin

 


Top            Home

Sumber :
Community WR : www.communityzero.com/wr
Webmaster WR : webreformis@freeanwar.com
WR Sms Mobile : sms@freeanwar.com