Meritokrasi memakan diri |
Sedikit masa dahulu heboh pasal para pejuang bangsa bukan Melayu marah dengan sistem quota kemasukkan pelajar ke IPTA. Sistem quota itu dikatakan mengutamakan kemasukan pelajar Melayu yang kurang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi dan menghadkan kemasukan pelajar Cina dan India yang dianggap lebih cemerlang.
Sumber dari Pejabat Menteri di Kementerian Pendidikan mengatakan bahawa di atas arahan tertentu, sistem quota terpaksa dihentikan dan sistem yang menilai pelajar berdasarkan pencapaian akademik atau merit (meritokrasi) akan dilaksanakan. Maka hebohlah para pejuang bangsa Melayu di tanah air yang menentang perubahan tersebut untuk buat seketika (kini sudah membisu).
Tidak menjadi hasrat IB untuk membincangkan siapa kata apa – tetapi apa IB ingin sebutkan di sini ialah bahawa sistem meritokrasi tetap akan dilaksanakan untuk pengambilan pelajar sesi akan datang. Apa yang menarik apabila sistem ini dilaksanakan nanti, hasil yang diharapkan oleh bangsa bukan Melayu sebenarnya memakan diri mereka kembali. IB difahamkan bangsa bukan Melayu yang sebenarnya akan rugi apabila sistem meritokrasi dilaksanakan nanti.
Sumber yang memberitahu IB semalam (selepas majlis Pertabalan Agong) ialah bangsa yang paling ketara terjejas ialah bangsa India. (Nanti kita tunggu Samy Velu menunding jari pula) Walaupun memang terdapat pelajar bangsa Melayu yang lemah, namun bilangan pelajar Melayu yang cemerlang berbanding dengan bangsa lain tidak kurang ramainya. Malah apabila dihapuskan sistem quota, peratus bilangan pelajar Melayu yang akan dapat memasuki IPTA tempatan akan melebihi quota yang dihadkan sebelum ini. Sumber IB memetik beberapa contoh untuk membuktikan perubahan yang bakal berlaku.
Biarlah kita tunggu pengumuman rasmi kementerian nanti tak perlu IB senaraikannya di sini. Jadi hasil yang diharapkan oleh pejuang bangsa-bangsa lain tidak menepati keinginan asal mereka. Malah kini senjata itu telah memakan diri mereka kembali. Sistem quota yang dikatakan membantu pelajar Melayu yang lemah sebenarnya memberi peluang yang lebih besar untuk pelajar Melayu yang cemerlang. IB ingin melihat bagaimana pimpinan pejuang bangsa Melayu bersilat mengharungi isu yang bakal melanda ini.
IB ingin melihat apakah mereka ini akan turut lagi mengikuti rentak dan gertak bangsa lain kerana takut kehilangan undi yang amat diperlukan dalam masa 12 bulan lagi. Mereka yang bergelar pejuang bangsa Melayulah yang terlalu banyak memberi konsesi dan mengalah kerana ketagihkan sokongan dari bangsa lain kerana kehilangan pengaruh di kalangan pengundi Melayu. Sekian
Ibrahim
Baba
26 April 2002
Sumber :
Community WR : www.communityzero.com/wr
Webmaster WR : webreformis@freeanwar.com
WR Sms Mobile : sms@freeanwar.com