Isu dakwaan Azalina lesbian, siri kedua
|
Oleh ANTI-FITNAH Tiba-tiba saja, bagi mempertahankan Azalina Othman Said, Ketua Puteri Umno, daripada tuduhan mempunyai hubungan seks songsang dengan seorang isteri tokoh korporat, penjilat-penjilat dalam Umno, mula bercakap soal fitnah dan menelanjangkan peribadi buruk penuduh, Khalid Jafri, penerbit dan ketua pengarang Perdana Sari. Baru sekarang penjilat Umno, yang selama ini tak henti-henti mempertahankan Khir Toyo perasuah hebat itu, merasai bahang fitnah dan tuduhan yang dibuat tanpa bukti. Sedangkan sewaktu bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim difitnah dulu, oleh pengarang yang sama, memalui buku 50 Dalil, penjilat Umno ini bertepuk-sorak, dan sekaligus mengiktiraf kehebatan Khalid Jafri (KJ). Tetapi bila Azalina dituduh berkelakuan songsang dengan Sabrina, isteri taukeh Hard Rock Cafe dan penganjur konsert artis luar negara, maka penjilat-penjilat ini sibuk bertungkus-lumus mencari bahan bagi memburuk-burukkan KJ, terpaksa menuduhnya sumbang mahram dengan anak sendiri. Maka ditonjolkan KJ adalah kaki betina, kaki mabuk, penulis upahan dan macam-macam gelaran buruk lagi. Apakah hanya semasa KJ menuduh Azalina lesbian maka ianya baru dikatakan fitnah, sedangkan bila KJ menuduh Anwar Ibrahim sebagai peliwat, ia diterima sebagai satu kebenaran? KJ yang menuduh Azalina sebagai lesbian adalah KJ yang sama bila ia menuduh Anwar sebagai peliwat. Tetapi oleh kerana fitnah KJ itu bertepatan dengan hasrat dan kemahuan Perdana Menteri, maka tohmahan jijik itu diterima bulat-bulat oleh pencacai Umno. Dan kita pasti, jika PM merestui kerja-kerja KJ kepada Azalina, maka akhirnya nanti KJ akan diiktiraf sebagai pahlawan yang menyelamatkan Umno daripada insan songsang seperti Azalina Othman. Segala-galanya akan diputuskan oleh Mahathir. Bila restui Mahathir diperolehi akan berjalanlah segala tukang-tukang fitnah dalam Umno bagi menjatuhkan seseorang yang mahu dijatuhkan oleh Mahathir. Tapi dalam hal ini, kita tidak pasti apakah pendirian Mahathir (pendirian Pak Lah tak perlu diambil kira kerana dia akan mengikut apa saja kata-kata PM, atau kalau PM belum ambil pendirian, dia akan kata tak dapat maklumat). Pencacai Umno yang menjilat Khir Toyo selama ini tentu saja mendakwa ada pihak yang berkepentingan yang menaja KJ bagi menjatuhkan Azalina. Dan awal-awal lagi pembangkang telahpun dikambing-hitamkan sedangkan isu ini langsung tidak ada kaitan dengan pembangkang. Yang menimbulkan onar, membuat tuduhan, menyebarkan tuduhan dan membangkitkan tuduhan baru (seperti mendakwa Erma Fatima dan Mastina, dua Exco Puteri Umno yang meletak jawatan sebagai lesbian) adalah dari dalam Umno sendiri. Dan siapakah yang sanggup menaja usaha menjatuhkan Azalina kalau bukan pihak yang akan mendapat keuntungan bila Azalina dijatuhkan? Tentu saja ia adalah mainan dalaman Umno, termasuk dalam pergerakan wanitanya. Dan tidak mustahil ada MT Umno terutama yang dekat dengan KDN yang boleh memberikan keizinan selama tiga minggu berturut-turut untuk KJ menuduh Azalina lesbian! Dan harus diingat Menteri Dalam Negeri ialah Pak Lah. Saya tidak rasa Pak Lah terbabit sama kerana kehadiran Pak Lah kadang-kadang langsung tidak dihiraukan oleh orang-orang bawahannya. Cakap-cakap Azalina berkelakuan songsang dan mengamalkan pentadbiran kuku besi dalam Puteri sudah lama heboh diperkatakan. Menurut jiran-jiran Sabrina, kereta Azalina selalu sangat keluar dari kediaman Sabrina pada awal pagi, yang menunjukkan Azalina selalu bermalam di situ. Khabarnya Syed Yusuf Syed Nasir suami Sabrina tidak ambil hirau hal ini kerana meskipun mereka masih suami-isteri dan masing-masing ada haluan diri masing-masing. Tapi tidak pula kita mengesahkan Azalina memang ada hubungan seks songsang dengan Sabrina. Bukti tidak ada, syak saja tidak mencukupi. Dan beban untuk mencari bukti kini terletak di tangan pihak yang menuduh. Sepatutnya Azalina tidak perlu takut merujuk kes ini ke mahkamah. Jangan ditiru perangai pengecut Khir Toyo walaupun dicabar oleh Ahmad Lutfi Othman secara berulang kali, bermula di depan dewan persidangan DUN Selangor, pada 29 Oktober 2001. Lutfi mencabar agar Khir Toyo mendakwanya di mahkamah jika segala tuduhan rasuah kepadanya adalah palsu dan rekaan semata-mata. Khir hanya berselindung di sebalik pengedaran Memo 19, 17, 15, yang ditaja sepenuhnya oleh beliau dan Setpolnya, Karim Mansor. Khir juga menaja laman-laman yang dibina khusus untuk menyerang Lutfi dan Hassan Ali. Dan orang yang sama kini cuba tunjuk bakti kepada Azalina, dengan menggunakan laman-laman tajaan Khir itu bagi mempertahankan Azalina. Ketua Puteri Umno itu juga dinasihati dan dipengaruhi supaya jangan membawa kes ini ke mahkamah. Bagi mereka, KJ yang telah muflis itu tidak akan rugi apa-apa. KJ sudah muflis dan jika dia kalah sekalipun di mahkamah, dia tidak perlu membayar apa-apa kepada Azalina. Bagaimanapun Azalina salah faham, isu ini bukan membabitkan wang ringgit dan soal tuntutan di mahkamah. Ia membabitkan maruah dan harga dirinya sebagai Ketua Puteri dan sebagai seorang wanita Islam. Maruah dari segi Islam perlu dipertahankan sehingga sanggup mati akibat mempertahankan maruah. Apa pun, dengan pendedahan KJ dan pembelaan Azalina yang disuarakan oleh penjilat Khir Toyo, semakin terdedahlah kebusukan Umno yang selama ini cuba dibungkus dengan paparan imej luar yang menawan. Sedangkan di dalam, segalanya adalah lendir yang memualkan! Anak-anak gadis Melayu mesti disedarkan segera agar mereka tidak terhumban ke lembah kebinasaan yang menjijikkan itu. Bagaimanapun, episod ini masih terlalu awal, kita harus menunggu episod yang lebih menarik lagi tentangnya. |
Sumber :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan
Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau
http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com