Sumbang Mahram Kena Sebat kata PM

 

SEPANG 22 April - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad berkata, kerajaan sedia melaksanakan hukuman sebat terhadap pesalah sumbang mahram di khalayak ramai jika majoriti rakyat menghendaki penguatkuasaan undang-undang tersebut..........................

"Itu pendapat saya tetapi kita tidak pernah sebat orang di khalayak ramai. Kalau rakyat nak dan semua bagi mandat pada kerajaan, kita boleh... (laksanakan hukuman sebat) sebab dia ini (pelakunya) dah tak ada malu, mencuri duit dari Tabung Haji pun tak malu...tak ada rasa malu lagi dalam masyarakat kita," katanya. -Utusan Meloya/RTM. (Tambahan..soalan sumbang mahram, jawapan curi duit Tabung Haji pulak yang keluar...kesian PieM kita ni Tabung Haji masih menghantui dia)

Wahai Tuan Hj. Mahadey hang tok sah dok berlakon la. Hang lupa ka yang hang tu apanama..ketua Negara Islam, tak payah nak tunggu mandat rakyat la. 'On' saja. Tulah hang ni yang kami semua dok benci dekat hang sebab kalau benda tu untung kat hang terus saja 'on' tak payah tunggu mandat rakyat. Tol naik perlu mandat rakyat ka? Hang tak bagi biasiswa kat kami masa di U dulu, hang perlu mandat rakyat ka? Sampai la ni kami bayar pinjaman pelajaran tak habih-habih.Hang hapuskan hak-hak orang melayu, perlu mandat rakyat ka? Hang swastakan macam-macam jabatan tak perlu mandat rakyat pun! Dan macam-macam lagi la (termasuk undang-undang dll) yang untung kat hang semua hang lipat pi.Tak perlu mandat pun. (Grrrrrr...)

Kebetulan lepas Maghrib tu aku tertengoklah Berita Perdana Menteri, masa Hj. Mahadey baru balik dari lawatan "menghabiskan duit aku" (nota: tiap-tiap tahun aku bayar incometax) ke Maghribi, Libya dan Bahrain. Dengan selamba dia marah dengan memek muka sekali..dia kata tak malu orang yang curi duit Tabung Haji....aik? Yang hang dan kroni dok lipat duit rakyat tu tak pa ka? Isteri aku dan anak aku yang darjah 6 (sekolah sekular) tersenyum ketawa tengok Hj. Mahadey buat lawak atau mungkin tersasul. Patutnya dia la yang tak malu. Beginilah keadaan yang sebenar ketua Negara Islam dan pemimpin-pemimpin Be End tak perasan yang selama ni depa dok curi duit rakyat tapi rasa seperti rakyat bagi "mandat" pada mereka untuk melicinkan duit rakyat.

Gamaknya dia dapat idea masa di negara Arab kut untuk sebat pesalah sumbang mahram. Lepas tu seperti biasalah isu sebat ni diulas oleh tokoh akedemik dari UiTM, Ahli Majlis Fatwa dll...memanglah mereka tak salah memberi pendapat kepada soalan RTM tu, tapi tolonglah ulas sikit cara sebatan..kalau rotan tu angkat rotannya paras mana..bukannya macam dekat penjara tu sekali sebat terkoyak kulit..bukan juga macam filem Semerah Padi. Juga kalau sumbang mahram yang dah berkahwin, rejam dengan batu sampai mati..ditanam paras pinggang..yang menyerah diri kerana berzina tak perlu ditanam..kalau ketika hukuman dijalankan orang tersebut lari..bagaimana? Kalau RTM sensor pun sekurang-kurangnya di hadapan Allah nanti ada juga jawapannya bila Allah tanya mengapa kamu menjadi jurucakap pada orang yang ZALIM? (Jika kita pelajari undang-undang Islam ni, ianya sungguh interesting dan kita dapat melihat keadilan Islam yang sebenar...tapi masalahnya rakyat tak nak diberitahu hukum Islam yang sebenar oleh pemerintah)

Kita yakin bahawa hanya hukum Allah sahaja yang dapat menyelesaikan permasalahan zina, rogol, sumbang mahram dll lagi.Sesungguhnya keberkatan Allah akan sampai sekiranya kita melakukan perintahNya. Tak perlulah kita menyoal bagaimana nak cari saksi yang adil, bagaimana itu?bagaimana ini?..kerana itu adalah helah dari syaitan yang mahu menyesatkan manusia.Apabila kita jalankan hukum Allah pasti diberi pentunjukNya.Hukum Allah kalau fikir dengan logik akal, maka jawapannya samalah macam yang sudah dicakapkan oleh Hj. Mahadey, Ling Liong Sik, Samy Tol dll. Kalau kita mereka-reka hukuman (dengan akal) yang berat macamana sekalipun dan tidak selari dengan ajaran Islam pasti masalah tak selesai. Lihatlah sendiri dalam akhbar perdana hari ini, kalau kes buang anak,rogol dah jadi berita kecil,.. besar lagi ruang untuk keputusan empat nombor ekor. Maka berita sumbang mahram ni pun samalah nanti.

Apabila Kelantan suatu ketika dulu nak laksanakan hukum hudud, UMNO warning! Sekarang apabila Terengganu nak laksanakan hudud...siapakah yang kedepan menentangnya? Namanya ISLAM, ugamanya ISLAM, partinya ISLAM (katanya), bangsanya MELAYU, (walaupun ada antaranya keturunan mamak, tapi mengaku melayu jugak) Inikah UMNO yang mahu menjaga ugama,bangsa dan negara? Pilihanraya nak dekat dah..tahun depan 2003 kita ramai-ramai jatuhkah UMNO/Be End.....Takbir!!!

-Panaurama.com


Top            Home

Sumber :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com