Lagi mengenai lawatan Dato' Hamdan ke Kemta |
Daripada apa yang berlaku kelmarin mengenai usaha Peguam mendapat sedikit ruang daripada Dato' Hamdan Adnan untuk menemui tahanan di KEMTA amat mengejutkan.
Ianya tidak menunjukkan sikap Profesional beliau di mana reaksi yang ditunjukkan oleh Dato' Hamdan Adnan tidak menampakkan bahawa beliau hadir sebagai Pesuruhjaya SUHAKAM tetapi yang jelas beliau telah diperalatkan oleh Dr. Mahathir agar lawatan beliau ke KEMTA berlaku dalam keadaan beliau tidak mempunyai kuasa sebagai Pesuruhjaya SUHAKAM.
Situasi ini amat kita risaukan kerana beliau telah diberi amanah untuk menjaga hak dan kepentingan dalam memperjuangkan Hak Asasi Manusia.Keadaan semalam mengambarkan beliau menafikan hak-hak tersebut dan menjalankan tugas mengikut telunjuk Dr. Mahathir seperti apa yang berlaku kepada beberapa perkara sebelum ini terutamanya kepada mereka yang ingin menegakkan yang keadilan itu sendiri.
Sekiranya beliau jelas kurang berminat lagi untuk memperjuangkan Hak-Hak Asasi Manusia kita menuntut agar Dato' Hamdan Adnan meletakkan jawatan beliau sebagai Pesuruhjaya SUHAKAM agar badan tersebut tidak dicemari dengan imej yang cuba ditonjolkannya
Oleh yang demikian kita mengharapkan agar apa yang berlaku di KEMTA kelmarin dapat memberi kesedaran kepada beliau bahawa tuntutan rakyat yang inginkan agar Hak Asasi Manusia di Malaysia ini terjamin memang benar dan rakyat amat menantikan agar kesemua Tahanan Politik ISA di bebaskan dengan segera.
Rakyat juga jelas menuntut agar akta ISA ini di mansuhkan dengan serta merta kerana menahan tanpa bicara itu sememangnya melanggar Hak Asasi Manusia seperti mana beliau perjuangkan sebagai Pesuruhjaya SUHAKAM!
BEBASKAN ANWAR!!!BEBASKAN TAHANAN ISA SEGERA!!!
Zulkifli
Ibrahim
Ketua Pen. Pemuda keADILan Negeri Pulau Pinang
Sumber :
Community WR : www.communityzero.com/wr
Webmaster WR : webreformis@freeanwar.com
WR Sms Mobile : sms@freeanwar.com