Aziz Shamsuddin Ketua Penerangan Umno Malaysia?
|
Oleh Ummu Natasya
KHABARNYA kepala konspirasi, Aziz Shamsuddin bakal dilantik menjadi Ketua Penerangan Umno mengambil tempat Mustapa Mohamed yang didesak berhenti kerana kononnya diberikan tanggungjawab menawan semula Kelantan dari tangan Pas. Serentak dengan itu, Annuar Musa pula disebut-sebut akan dilantik menjadi Bendahari Umno menggantikan Daim Zainuddin. Dr. Mahathir Mohamad mahukan Annuar diselamatkan dari dakwaan terhadap penyelewengan wang PPRT. Aziz dikatakan menyokong nama Annuar dilantik ke jawatan Bendahari kerana mahukan gandingan "Aziz-Annuar" kekal dalam MT Umno dan dapat terus merancang fitnah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang nyata masih terlalu kuat pengaruhnya. Dalam masa yang sama, Dr. Mahathir pula menyerang Khalid Jafri yang dulunya digunakan untuk memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dulu, Khalid mendapat sokongan Aziz dan Tengku Adnan Mansor ketika menerbitkan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM. Di pejabat Aziz (Pejabat Setiausaha Politik Perdana Menteri) buku ini diedarkan selain dari Tingkat 38 Menara Shahzan, pejabat Tengku Adnan. Kesemua mereka yang terlibat dengan konspirasi ini diberikan habuan. Aziz dilantik menjadi Timbalan Menteri berama-sama Tengku Adnan manakala Hamzah Zainuddin yang membuat dakwaan palsu kononnya isterinya digoda Dato' Seri Anwar dilantik menjadi Senator dan Pengerusi Felcra. Ramai lagi anggota konspirator mendapat habuan masing-masing. Dalam masa yang sama, beberapa "talam dua muka" , belot terhadap Dato' Seri Anwar menerima akibat yang cukup memalukan. Mana nama-nama seperti Ruhanie Haji Ahmad, Abu Zahar Ujang, Dr. Afiffuddin Omar, Dr. Ibrahim Saat, Dato' Fauzi Abd Rahman dan beberapa nama lagi dalam Umno kini. Mereka menyangka, apabila mereka meninggalkan Dato' Seri Anwar, mereka akan diberikan tempat oleh Dr. Mahathir. Apa sudah jadi dengan Azim Zabidi sekarang. Bukan main hebat dia mengatur serangan terhadap Dato' Seri Anwar tetapi kini dia sendiri tertunggeng dalam Umno. Terbaru Annuar Musa yang siang malam mendabik dada kononnya dia anak seorang ulama di Bukit Marak, Kelantan. Macam-macam penghinaan dihamburkan, bukan sahaja di sini tetapi sampai ke luar negara. Dia mendakwa banyak tahu mengenai Dato' Seri Anwar . Sebanarnya Annuar Musa marahkan Dato' Seri Anwar kerana dia tewas di tangan Ahmad Zahid Hamidi ketika merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno suatu ketika dahulu. Dendamnya itu menjadikan dia tidak rasional ketika memperkatakan hal-hal mengenai Dato' Seri Anwar. Kini, jika betul Dr. Mahathir melantiknya menjadi Bendahari Umno, maka dapatlah dia menyelesaikan yang dihadapinya termasuk kereta mewahnya yang ditahan BPR. Dia juga khabarnya kehilangan cincin platinum dan jam rolex kerana dirampas BPR. Cuma kereta isterinya belum lagi ditahan. (Dapatkan buku PENYELEWENGAN PPRT-Siapa Benar? Yang dapat menjelaskan siapa sebenarnya Annuar Musa yang mendabik dada kononnya dia difitnah dan tidak mengaku menyamun wang rakyat termiskin. Hantar alamat anda ke ummu_natasya@hotmail.com dengan segera. Harga Cuma RM10.50 termasuk belanja pos). |
Sumber :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP
Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau
http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com