Buang saja Datuk Shahnon

 

jamil bin ismail ( jk )
cheras kuala lumpur .

sdr / sdri pembaca ,

semalam dalam tv 1 heboh si anak badawei itu bercakap tentang anugerah yang diberikan kepada datuk shahnon ahmad , kemudian tv 1 konon nya mendapatkan pandangan-pandangan umum , tetapi yang saya lihat semua yang bercakap adalah barua-barua yang masih bok mengampu bapak haprak itu . semuanya penulis-penulis haprak yang menyangkakan diri mereka pandai adn bijak , maka bercakaplah mereka bagaikan burung belatuk mamatuk kayu untuk membuat lubang ,

inilah taraf penulis-penulis yang kaki mengampu, menjilat , sampai tua jadi barua . memang layak tuan guru dato nik aziz mengunakan perkataan barua itu . memang taraf mereka barua .

kepada dato shahnon saya rasa buang saja atau pulangkan semula taraf penghargaan tokoh sastrawan negara itu kepada mereka , lihatlah mereka cuba mengugut datuk . lagipun datuk apa ada pada taraf itu , tak boleh dibawa mati . dalam liang lahat nanti malaikat tak akan tanya taraf apa kamu terima di dunia ini . buktikan kepada barua-barua itu kita orang barisan alternatif tidak kebulog ( kata orang kedah ) benda-benda macam itu , kalau mereka tak mahu terima buang saja kedalam sungai gombak habis cerita . mereka nak ungkit pun tak ada point .

burung belatuk hinggap dipohon
burung pipit menunggu makan
wahai datuk saya memohon
carit -carit terus buangkan ,

akhirkata saya memohon ampun sekira ada perkataan yang menyinggung ,yang baik dari allah s.a.w yang tidak baik mungkin dari saya .,

jamil bin ismail ( jk )
cheras kuala lumpur


Top            Home

Sumber :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com