Keganasan Polis Hari pekerja : Suhakam di bawah Abu Talib mesti menjalankan siasatan awam
|
DAP mengutuk tangkapan dan tindakan polis yang angkuh pada perhimpunan aman Hari Pekerja yang dirancang untuk Pusat Bandar Kuala Lumpur pagi ini yang merupakan contoh terbaru kekerasan polis terhadap pekerja dan warganegara yang berhimpun secara aman untuk menyambut Hari Pekerja. Memandangkan Suhakam telah menyatakan dalam laporan tahunan pertamanya bahawa “hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata” adalah salah satu daripada sepuluh hak asasi manusia yang mana ia akan melindungi secara khusus, Suhakam di bawah pengerusi barunya Tan Sri Abu Talib Othman harus menyuarakan kekesalannya secara awam terhadap kekerasan polis dan menjalankan suatu siasatan awam ke dalam penindasan hak asasi manusia terbaru oleh pihak polis. Ini pada hakikatnya adalah kes ujian pertama untuk pengerusi Suhakam baru dan Suhakam penggal kedua yang dilantik minggu lalu sama ada mereka akan melaksanakan kuasa dan tanggungjawab statutori mereka untuk “melindungi dan memajukan hak asasi manusia” ataupun sama ada mereka mempunyai dasar baru mata yang tidak melihat, telinga yang tidak mendengar dan mulut yang tidak bersuara mengenai pelanggaran hak asasi manusia. Kekerasan polis pada Hari Pekerja tahun ini adalah sesuatu yang tidak menyenangkan, berlaku kurang daripada dua minggu sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush oleh sebab ia nampaknya seperti suatu perisytiharan sinis oleh kerajaan kepada rakyat dan dunia bahawa hak asasi manusia di Malaysia akan dilayan dengan lebih hina selepas insiden 11 September, dengan atau tanpa Suhakam.
|
Sumber :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP
Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau
http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com