BEIRUT, 30 April (Alhayat) - Seorang jurucakap pimpinan Hamas yang enggan disiarkan namanya menyatakan, bahawa pertubuhan itu akan mengelilingi dunia Arab pada minggu depan.

Ini katanya termasuk semua negara-negara Arab sama ada secara sulit atau terang bagi menyatakan sikap dan pendirian pertubuhan itu terhadap isu-isu semasa yang berlaku, lebih-lebih lagi isu Palestin yang perlu ditangani segera oleh pihak yang berautoriti.

Kalau perlu katanya, Hamas akan menggunakan segala kekuatan bagi mendesak pihak berkuasa Palestin untuk mengembeling tenaga menghadapi rejim Israel secara bersama.

Deligasi itu yang akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin Arab akan disertai Ketua Jabatan Politik Hamas Khalid Masy'al serta dua orang anggota jabatan iaitu Musa Abu Marzuq dan Imad al-Ilmi.

Walaubagaimana pun menurut jurucakap tersebut, tarikh dan masa untuk tujuan itu masih lagi dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan juga ancaman yang pernah dibuat oleh Jeneral Rejim Israel Saul Mofaz serta suasana politik dalaman bagi sebahagian negara-negara Arab yang tidak stabil.

Jurucakap itu menegaskan, sudah sampai masanya Yasser Arafat diganti dengan seorang pemimpin yang lebih efisen dalam menghadapi permusuhan dengan Israel serta mampu menyelesaikan konflik Palestin-Israel dengan lebih berkesan lagi di masa-masa akan datang.


Top            Home

Sumber :
HarakahDaily
http://www.harakahdaily.net