Israel tembak dan gilis mayat kanak-kanak dengan kereta kebal
(Teenagers shot by Israelis, then run over with a tank)

Oleh Robert Fisk di Gaza City - 26/4/02. The Independent



Kedua-dua orang budak sekolah itu berusia 14 dan 15 tahun. Mereka gemar menggunakan internet di sebuah kafe-siber, dan salah seorang daripada mereka kerap menghabiskan masa yang panjang melakar kartun: sedangkan mereka bertiga memang gemar bermain bolasepak. Beberapa jam sejurus mereka ditembak mati oleh askar Isarel di perkampungan Yahudi di Netzarim, bapa mereka telah mendapat berita kematian itu. Mayat mereka telah digelek oleh kereta kebal sehinggakan mayat Ismail Abu Nadi yang berusia 14 tahun, terputus dihiris dengan kejamnya.

Mengikut tentera Israel dan sudah pasti itulah yang dilaporkan oleh The New York Times, kanak-kanak muda itu telah memegang pisau dan berlagak semacam pengebom relamati untuk mendekati perkampungan Yahudi. Malahan HAMAS, pencipta kempen pengeboman relamati, mengakui batapa pelajar yang menuntut darjah sembilan di Salahudin Scholla di Gaza City telah tersilap merancang serangan mengikut pemikiran mereka sahaja. Ini yang membuatkan HAMAS merayu kepada pendakwah dan guru-guru untuk memberitahu agar kanak-kanak sekolah tidak merancang serangan liar seperti itu lagi.

Inilah persoalan pahit yang menghantui seorang bapa yang tinggi pendidikannya, seperti yang menghantui seorang jurutera sivil. Apakah Ismail sengaja mahu mati? Bapanya menceritakan betapa perkara ini tidak mungkin berlaku ‘tiga ataupun empat bulan dulu’ Ketika itu anaknya yang lahir di Abu Dhabi dan fasih berbahasa Inggeris, mula menyoal si bapa kenapa Palestin tidak diberikan bantuan daripada luar dalam perjuangan mereka menegakkan sebuah negara sendiri? “Dia bertanya kepada saya: ‘Kenapakah hanya orang Palestin yang tidak boleh menegakkan negaranya sendiri? Keanpa Amerika tidak membantu? Kenapa negara Arab yang lain enggan membantu?’.”

Bassem Zagout, adalah ayah kepada Youseff yang berusia 15 tahun dan belum pernah ditemui oleh bapa kanak-kanak yang lain, walaupun anak lelaki mereka semuanya belajar di sekolah yang sama dan beranggapan betapa episod Jenin telah mempengaruhi anak mereka.

“Ketika saya pulang daripada solat asar, Khamis lalu, dia sudahpun keluar daripada rumah,” katanya. “Saya tidak ada memikikan apa-apa. Kini saya fikir budak-budak itu sedang berjalan menuju pekampungan Yahudi dengan hasrat mahu menyerang askar Israel di sana, tetapi dia tidak pernah memegang satu senjatapun. Ketika kami terima mayat mereka semalam, keadaannya sungguh menyayat hati. Anjing sudahpun menggerutung mayat itu dan wajahnya tidak dapat dicam lagi kerana ia sudah degelek begitu kejam olah kenderaan berat.
 
Mayat Anwar telah dihurung oleh anjing. Hamdona berkata: “Dia masih kecil lagi, seorang anak lelaki yang masih bersekolah, dan saya adalah gurunya di sekolah itu. Pada pukul lima petang, dia memberitahu ibunya dia mahu pergi ke kafe-siber untuk menjenguk internet. Apabila dia tidak pulang pada pukul sembilan malam, saya merasakan sesuatu yang tidak kena. Pada waktu yang sama kami terdengar bunyi tembakan di Netzarin.

Anak lelaki Adel Hamdona yang berusia 14 tahun itu bernama Anwar. Mayat Anwar dipulangkan kepadanya dalam keadaan menyayat hati yang serupa. Si ayah bertindak dingin dan bersahaja: “Wajahnya lumat tanpa kesan. Kakinya remuk. Dia telah digelek berkali-kali dan seluruh isi perutnya terkeluar semuanya.”
 
Memang ada pertanda kenapa Hamdona merasakan ada yang tidak kena. Anwar memang sudah mula bercakap perihal mati syahid dengan ahli keluarganya. “Peristiwa ngeri yang terjadi membawa kesan kepada anak saya. Dia kerap bercakap perihal operasi relamati, mengenai mati syahid dan konsep suhada. Dia memang mahu mati sebagai sorang yang syahid. Saya memang sangsi perkara ini boleh berlaku beberapa tahun nanti, ketika dia sudah dewasa, tetapi tidak pula saya jangkakan semuda usianya ini.”

 Ismail telah menulis satu nota perpisahan untuk ibu dan bapanya. “Salah seorang kawannya membawa sehelai kertas yang mengandungi hasil tulisannya,” kata bapanya yang telah menceritakan perihal pendidikan anaknya dan perasaan kehairanan betapa dunia sengaja meminggirkan masalah Palestin. Ismail telah menulis begini: Ayah dan ibu.... harap berdoa kepada Allah dan memberkati urusan saya memasuki Netzarim untuk membunuh askar Israel dan menghalau mereka daripada penempatan itu....”
 
“Saya tidak dapat mepercayai perkara ini. Usianya masih muda, seperti budak lain juga. Saya pernah pergi ke England, Amerika Syarikat, India, Pakistan dan umurnya itu adalah semacam budak lain yang dahagakan ilmu pengetahuan. Mahu bersuka ria, mencari wang mencari kedamaian. Tetapi anak-anak kami di sini tidak berupaya mencari kedamaian itu.“

Tidak seorangpun golongan bapa yang mahu mengulas akan keadaan mayat anak mereka. Apakah Israel sengaja menggelek mayat mereka? Ataupun selepas menembak budak-budak itu mereka curiga ada yang memakai tali-pinggang berisi bom dan terpaksa menggelek mayat mereka untuk menentukan perkara itu. Setelah digelek apakah si mangsa sudah betul-betul mati?

Terjemahan SPAR (Suntingan M@R) - 29.04.2002


Top            Home

Sumber :
Laman Marhaen
https://members.tripod.com/e-umno/