Yemen, 24 April (Islam On-Line) – Sebuah kaunter perniagaan yang terletak di bandar “So‘dah”, Yemen, menawarkan sejumlah wang tunai sebanyak 100 million Riyal Yemen (USD 600 ribu) sebagai ganjaran bagi mereka yang berjaya membunuh Perdana Menteri Israel Ariel Sharon yang telah melakukan jenayah paling kejam terhadap rakyat Palestin.

Demikian menurut Ketua kaunter tersebut, Abdul Bari Tohhan yang bercakap dalam satu sidang akhbar “al-Rai”, iaitu sebuah akhbar pembangkang di Yemen di sini hari ini.

Menurut beliau, para peniaga di So‘dah bersedia untuk membina sebuah rumah untuk dihadiahkan kepada siapa yang membawa pulang kepala Sharon ke Yemen.

Akhbar al-Rai walau bagaimanapun memberitahu bahawa hadiah tersebut ditawarkan ialah untuk menyatakan rasa marah seluruh rakyat Yemen terhadap rejim Yahudi/Israel pimpinan Ariel Sharon.


Top            Home

Sumber :
HarakahDaily
http://www.harakahdaily.net