Oleh
Suhaib Jasim
Manila, 23 April (Islam On-Line) - Presiden Filipina Gloria Macapagal
Arroyo menegaskan bahawa pegawai kanan keamanan Amerika pernah memberitahunya
tentang kehadiran perisik-perisik ketenteraan Israel akan menyertai satu latihan
ketenteraan bersama bagi melatih skuad "Komando" Filipina bagi
membasmi keganasan.
Beliau menyatakan demikian dalam satu sidang akhbar, di mana kerajaan Filipina
memerlukan bantuan perisik-perisik Israel yang merupakan satu-satunya cara bagi
mengekang kejadian penculikan rakyat Filipina oleh kumpulan Abu Sayyaf yang
berlaku beberapa tahun lalu.
Tindakan Arroyo itu bukan setakat menggunakan perisik Yahudi, malah beliau ingin perkhidmatan mereka berlangsung dalam jangka waktu yang lebih panjang.
Beliau merasa lega kerana sebahagian daripada mereka sudah dapat menyesuaikan diri dan menetap di Filipina, selanjutnya beliau berkata, latihan yang diadakan itu lebih bersifat khusus bagi melatih pasukan polis Filipina bagi membendung dan membasmi kegiatan penculikan.
"Latihan
yang dijalankan di Filipina adalah lebih sistematik dibandingkan dengan latihan
yang pernah diadakan di Scotland dan Hong Kong," jelas Arroyo.
Sumber :
HarakahDaily
http://www.harakahdaily.net