Kabul, 19 April (Al-Bayan) – Menteri Pertahanan kerajaan sementara Afghanistan Muhammad Qasim Fahim berkata, rangkaian al-Qaeda yang diterajui oleh Osama Ben Laden masih tetap berada di bumi Afghanistan fan mengancam kedudukannya.

Beliau berkata demikian dalam sesi sidang akhbar di Paris sempena perbincangannya dengan rakan sejawatannya Alan Richer.

Katanya, anggota-anggota al-Qaeda telah cuba dihapuskan dari Afghanistan, akan tetapi yang peliknya masih terdapat peristiwa di mana-mana hasil dari tindakan kumpulan ini.

Polis Swiszerland juga dikatakan telah mengenal pasti beberapa buah syarikat dan rumah kediaman di Zurich mempunyai hubungan dengan pembiayaan untuk gerakan operasi 11 September 2001.

Menurut sumber Jabatan Pendakwaraya Swiss bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 orang pegawai polis menyertai gerakan untuk menyiasat dua buah bandar yang belum diberitahu lokasinya.

Mereka diarahkan untuk mencari bahan bukti tentang kejadian 11 September dan mengelak dari sebarang kejadian tembak- menembak.


Top            Home

Sumber :
HarakahDaily
http://www.harakahdaily.net