Oleh : Sevan Doraisamy
Isu mogok lapar tahanan ISA dan penafian rawatan kesihatan bekas timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan dibentangkan di parlimen Britain. Pengarah kempen bebaskan Anwar, Raja Petra Kamarudin menyatakan pembentangan dijadualkan pagi ini, waktu Britain.
“Sepuluh orang ahli parlimen British akan membentangkan usul di parlimen pada pagi ini waktu British iaitu petang waktu Malaysia. Usul ialah tiga perkara; Nombor satu, untuk bebaskan tahanan ISA di Kamunting. Nombor dua, untuk kaji balik undang-undang ISA tersebut. Dan yang ketiga, untuk membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat rawatan di Germany seperti yang diperlu.”
Raja Petra berkata beberapa wakil Pemuda Keadilan telah berkunjung ke Britain dan bertemu beberapa ahli parlimennya untuk menerangkan isu semasa tahanan ISA. Ini termasuk pelancaran mogok lapar enam tahanan ISA dan juga isu penafian rawatan Anwar Ibrahim ke Jerman.
Sementara itu, Abdul Rashid, dari bahagian media dan perhubungan awam, Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia turut mengesahkan perkara ini.
“The only thing I would like to tell you is that a couple of motions have been tabled but the motions were not debated. That’s it. That’s our comment.”
Walau bagaimanapun, Rashid menyatakan perkara ini belum dibincangkan. Rashid juga tidak memberikan komen lanjut soal bagaimana proses pembentangan ini dilakukan di Britain.
Menurut Raja Petra, selain Britain, isu ini juga akan dibangkitkan di beberapa negara Kesatuan Eropah. Hal ini bagi membuktikan penggunaan ISA dikutuk masyarakat antarabangsa.
Sumber : http://www.radiqradio.com/
Sumber :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP
Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau
http://www.tranungkite.cjb.net
Email : tranung2000@yahoo.com